TUKAR SIM KAD ANDA SEKARANG!!!

TUKAR SIM KAD ANDA SEKARANG!!!
SILA WHATSAPP/SMS : 0179519132

https://my.toluna.com/

https://my.toluna.com/
TINJAUAN YANG DIBUAT HANYA UNTUK ANDA

Wednesday 17 February 2016

le tour de LANGKAWI Malaysia 2016


6 institusi kewangan Islam lancar Platform Akaun Pelaburan

KUALA LUMPUR: Enam institusi kewangan Islam hari ini melancarkan platform teknologi kewangan pengantara bank dikenali Platform Akaun Pelaburan (IAP). Enam bank berkenaan ialah Affin Islamic, Bank Islam, Bank Muamalat, Maybank Islamic, Bank Rakyat dan Bank Simpanan Nasional.


IAP adalah inisiatif strategik industri kewangan Islam untuk mengendalikan akaun pelaburan, produk baharu yang ditawarkan oleh institusi perbankan Islam. Platform itu dibangunkan oleh Raeed Holdings Sdn Bhd. Platform berkenaan yang sama dengan platform teknologi kewangan seperti pendanaan masyarakat (crowd funding) dan platform pembiayaan, ia membantu pelaburan langsung oleh pelabur ke dalam usaha sama yang dipilih mereka. 

Bagaimanapun, faktor perbezaan utama IAP adalah peranan yang dilaksanakan institusi perbankan Islam. Pengerusi Raeed Holdings, Datuk Zamani Abdul Ghani, berkata untuk pelabur, IAP menawarkan pelaburan baharu dengan pulangan yang menarik. Beliau berkata, platform itu bertindak sebagai mekanisme berkesan untuk menyokong pelabur memahami risiko yang bakal dihadapi sebelum melakukan pelaburan. Pelancaran rasmi platform itu disempurnakan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz di Kuala Lumpur. (Berita Harian)


Thursday 4 February 2016

Bonus untuk pendeposit TH

Kuala Lumpur: Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan pembayaran bonus sebanyak lima peratus kepada 8.85 juta pendeposit bagi tahun kewangan 2015.

Selain itu, bonus tambahan sebanyak tiga peratus juga diberikan kepada pendeposit yang belum pernah menunaikan ibadah haji.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, biarpun dalam persekitaran yang mencabar dan tidak menentu pada tahun lalu, prestasi kewangan TH kekal berdaya tahan dengan rekod pendapatan sebanyak RM4.47 bilion dan keuntungan bersih selepas zakat mencecah RM3.53 bilion.
Katanya, pendapatan dan keuntungan itu adalah yang tertinggi sejak 52 tahun TH beroperasi.

"TH akan mengagihkan RM3.23 bilion sebagai hibah atau bonus kepada pendeposit dan TH akan menyimpan sebanyak RM300 juta daripada keuntungan boleh agih tahun ini.
"Pembayaran bonus haji kali ini akan memberi manfaat kepada 8.23 juta pendeposit yang belum pernah menunaikan haji," katanya pada majlis pengumuman bonus pendeposit Tabung Haji 2015, di sini, sebentar tadi.

Tahun lalu, TH mengumumkan kadar bonus tahunan sebanyak 6.25 peratus dan tambahan bonus haji sebanyak 2.0 peratus bagi tahun kewangan 2014, kepada pendeposit yang belum pernah menunaikan Haji. (Harian Metro)

Thursday 28 January 2016

Caruman KWSP dikurangkan


PUTRAJAYA -‎ Kerajaan hari ini mengumumkan pengurangan sebanyak tiga peratus bagi caruman Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) bermula Mac ini.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkara tersebut sebagai langkah pertama dalam pengubahsuaian #Bajet2016 yang diumum pada hari ini.

Menurut Najib lagi, pengurangan tersebut hanya diperuntukkan terhadap caruman individu, manakala caruman KWSP‎ bagi pihak majikan pula diteruskan seperti biasa.
"Ini bakal memberi manfaat kepada seluruh pekerja di negara ini terutamanya bagi sektor swasta," katanya ketika menyampaikan ucapan pembentangan baharu #Bajet2016 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, kerajaan juga turut memberikan potongan cukai sehingga RM 2,000 kepada individu yang berpendapatan bawah RM 8,000.
Kata Najib lagi, ia akan menyebabkan kerajaan kehilangan sehingga RM 350 juta hasil kutipan, bagaimanapun memberi manfaat kepada lebih dua juta pekerja. (Sinar Harian)

Pengubahsuaian Bajet 2016 jimatkan RM9 bilion - PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengumumkan 11 langkah penstrukturan dan pengubahsuaian kepada Bajet 2016 yang akan menjimatkan RM9 bilion dari segi perbelanjaan operasi dan pembangunan, yang diumumkan pada Oktober 2015. Kerajaan sebelum ini mengumumkan peruntukan berjumlah RM267.2 bilion dalam Bajet 2016, dengan perbelanjaan operasi berjumlah RM215 bilion manakala perbelanjaan pembangunan berjumlah RM49 bilion. Ketika mengumumkan pengubahsuaian Bajet 2016 di Putrajaya hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata sasaran kadar defisit untuk 2016 kekal pada 3.1 peratus berbanding KDNK seperti yang diumumkan sebelum ini. Beliau menegaskan Malaysia tidak mengalami kemelesetan ekonomi mahu pun kemelesetan teknikal. Bagaimanapun, unjuran pertumbuhan KDNK 2016 disemak semula kepada 4.0 hingga 4.5 peratus dengan andaian purata harga minyak mentah Brent pada AS$30 hingga AS$35 dolar Amerika setong. Najib berkata, kadar hutang negara akan terus berkurangan dan tidak melebihi paras berhemat 55 peratus kepada KDNK. Dasar monetari juga adalah akomodatif dan kadar faedah dikekalkan pada paras yang menyokong kegiatan ekonomi dalam negeri. Ini bermakna kerajaan tidak akan mengenakan kawalan modal dan tambatan ringgit. - BERNAMA


Thursday 6 August 2015

Serpihan sah milik MH370 - PM


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion di timur Lautan Hindi minggu lalu milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370. Mengumumkan perkara itu kira-kira jam 2 pagi ini, Najib menyatakan siasatan pakar antarabangsa mengesahkan serpihan terbabit adalah sebahagian pesawat milik MH370 selepas 515 hari kehilangannya. "Penemuan ini menunjukkan terdapatnya bukti fizikal pesawat MH370 terhempas di kawasan terbabit. "Saya turut menyampaikan dukacita kepada keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 walaupun maklumat ini agak menyedihkan. Kehilangan mereka akan terus diingati," katanya dalam sidang media khas MH370, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.- sumber : Berita Harian